Search This Blog

Sunday, March 31, 2013

Hari terakhir di MNZWAJ Associates

Hari ni adalah hari terakhir saya bekerja di MNZWAJ Associates..
Selama 2 bulan bekerja disini banyak yang saya pelajari especially pasal audit..
Saya telah ditemukan tentang CCH-MAlaysian Audit Manual..
Di sini saya ingin ucapkan sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada Branch Manager saya, Kak Hasna Tengku Hasna bt Tengku Yusof) yang banyak memberikan peluang dan tunjuk ajar selama saya disini. tidak lupa juga kepada Kak Sya (Asma Raihan Ismail) yang jadi rakan sekerja yang baik dan teman tunjuk ajar semasa saya di sini.

Esok saya akan bermula di tempat baru, Permodalan Kelantan Berhad..

Wednesday, March 27, 2013

Tuhan yang satu

Ya Allah Ya Tuhan ku

Pada Mu ku bermohon

Hanya kau Yang satu

Menulis kembali

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera bagi yang bukan muslim.
Hari ini, pada saat dan ketika ini, saya terasa ingin membuka kata untuk menulis kembali di ruangan blog saya.. setelah berbulan-bulan menyepi..

Alhamdulillah..


Monday, December 26, 2011

Menghitung Hari

Salam..

selang beberapa hari lagi untuk sy tamat sesi berpraktikal di Messsr Wan Nadzir& Co setelah hampir 6 bulan bertapa disana..
harapan moga-moga segala ilmu yang telah ditimba dan bakti serta keringat yang dicurah dihargai..
Syukur..

pls: Xssabar menantikan detik tamat itu..
     tambah-tambah lagi office sedang sibuk ..haha

sekian

Tuesday, December 20, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Cara Nak Dapat Bayi Kembar

Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar :
  • GENETIK
  • Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
  • UMUR
  • Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
  • BILANGAN ANAK
  • Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
  • BERAT dan KETINGGIAN
  • Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
  • DIET
  • Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
  • PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
  • Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Koleksi Ayat Jiwang Untuk Kekasih

1. Dari mana datangnya cinta? dari SMS turun ke hati ..
2. Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu
3. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
4. Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

5. Hello..
Aku pencuri! dan aku di sini nak curi hati kau!!!
6. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
7. I nak belanja u gula-gula HACKS..faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang
8. Luahan Cinta Ibarat Kentut..
ditahan sakit… dilepas malu… dah keluar..fuhhh! Lega!!!
9. Jika kau hidup sehingga 100 tahun.. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau..
10. Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau..
1..
2..
3….
4..
Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku…
Tekan lagi kalau masih rindu..
Lagi…
Lagi…
Masih tekan lagi???
Nampak sangat rindu…
Aku juga sedang merinduim..
11. Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
14. Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
15. Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.
16. Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
17. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
18. Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit.. bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa syarat.. Aku begitu menyintaimu…
19. Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?
20. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
21. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
22. Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
23. Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
24. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
25. Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
26. Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
27. Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
28. Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.