Search This Blog

Wednesday, December 7, 2011

Mesyuarat Agong MalRA

Assalamualaikum.wbt..

untuk post yg kesekian kalinya ni sy ingin berkongsi tentang pengalaman sy menghadiriri mesyuarat agong klien syarikat kami. untuk pengetahuan, sy sebenarnya hanya menggantikan senior staff yg tak dapat datang..
cuak gak rasa.. dia meminta sy untuk menggantikannya pada majlis tersebut.. so, sy g la atas jemputan sebagai auditor mereka..

Nama klien kami ni adalah MalRa iaitu sebuah persatuan membantu pesakit-pesakit kusta di Negeri Kelantan.
kt bawah ni ada beberpa kping foto ygsempat sy ambil semasa mjlis tersebut

 majlis baru nk bermula-ramai yang datang adalah dari para pesakit kusta



 yg dalam gambar tu adalah presiden persatuan ini, individu yang memastikan jatuh bngun persatuan
beliau juga merupakan adinda kepada Menteri Besar Kelantan





 turut diadakan majlis jamuan hari raya




penyakit kusta-Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.

itu la dia.. bahaya jgak sbnrnya kn.

No comments: